Baik pulih jalan rosak akibat hakisan selepas tengkujuh

Baik pulih jalan rosak akibat hakisan selepas tengkujuh

SEBAHAGIAN jalan raya yang runtuh akibat hakisan di Pantai Tanjung, Batu Rakit, Terengganu. - UTUSAN/KAMALIZA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Kerja-kerja membaik pulih sebahagian jalan raya yang runtuh akibat hakisan di pantai Batu Rakit di sini, dibuat segera selepas Monsun Timur Laut (MTL) berakhir pada Mac ini.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Hanafiah Mat berkata, kerajaan negeri menunggu peruntukan secukupnya dari kerajaan Pusat untuk projek baik pulih tersebut.

“Memang ada beberapa jalan raya yang rosak akibat hakisan pantai yang semakin kritikal di beberapa lokasi ketika ini. Buat masa sekarang laluan yang rosak telah ditutup dan hanya dibuka selorong kepada kenderaan.

“Insya-Allah selepas MTL berakhir nanti, barulah kerja-kerja baik pulih kerosakan jalan raya ini dilakukan segera,” katanya hari ini.

Masalah hakisan di beberapa kampung di Pantai Batu Rakit dilaporkan semakin kritikal apabila sebahagian struktur jalan raya turut dihanyutkan ombak sejak minggu lalu.

Penduduk, Mohd Ikmal Ahmad Hisyam, 38 berkata, runtuhan itu menyebabkan puluhan peniaga hilang mata pencarian setelah gerai mereka yang terletak di kawasan itu turut terjejas.

“Setiap petang Jumaat hingga Ahad, kawasan pantai ini memang menjadi tumpuan ramai untuk berkelah dan bersiar-siar. Ramai penduduk kampung yang mencari rezeki dengan berniaga makanan ringan di sini namun terpaksa berpindah ke kawasan pantai yang lain setelah hakisan semakin teruk,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya