HULU TERENGGANU: Sebanyak 1,200 kilogram (kg) ayam habis dijual kurang tempoh dua jam dan 600 kg daging habis dalam masa setengah jam pada Program Jualan Rahmah Malaysia (PJRM) @Pasar di sini, semalam. Pengarah Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Terengganu, Saharuddin Mat Kia berkata, sebanyak RM50,000 peruntukan atau subsidi disalurkan bagi program julung kali diadakan itu. Katanya, program perintis di pasar itu menjadi kayu ukur bagi menilai dari sudut keberkesanan mekanisme pelaksanaan sebelum diperluas ke pasar-pasar awam di seluruh Terengganu dengan mengambil kira beberapa faktor tertentu. “Antaranya seperti kawasan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya