Atlet Johor maut langgar Kenari buat pusingan U

Atlet Johor maut langgar Kenari buat pusingan U

NUR HAZURAH Hazahar maut apabila motosikal ditunggang melanggar kereta Perodua Kenari yang membuat pusingan U di Jalan Dato' Onn, Bandar Penawar, Kota Tinggi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Seorang atlet yang pernah mewakili negeri ini dalam Sukan Malaysia (Sukma) tahun lalu maut apabila motosikal ditunggang merempuh kereta Perodua Kenari yang membuat pusingan ‘U’ di Jalan Dato’ Onn, Bandar Penawar, dekat sini semalam.

Mangsa, Nur Hazurah Md. Hazahar, 21, merupakan atlet pelayaran yang menunggang motosikal Yamaha Y15ZR maut di lokasi kejadian dalam kemalangan pukul 4.50 petang itu.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman dalam kenyataan di sini hari ini berkata, kemalangan berlaku apabila Perodua Kenari dipandu seorang lelaki berusia 51 tahun datang dari arah Bandar Penawar, menukar haluan dari kiri ke kanan untuk membuat pusingan U.

Mangsa yang tidak sempat mengelak, telah melanggar bahagian sisi kanan Perodua Kenari tersebut dan telah mengalami cedera parah pada bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu Perodua Kenari tidak cedera.

Mangsa yang merupakan penuntut Universiti Selangor (Unisel) di Shah Alam, Selangor dalam perjalanan ke kelas belajar memandu dan difahamkan sedang cuti semester dan tinggal di rumah kakaknya di Bandar Penawar. 

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya