Aspek tatakelola capai kejayaan, tiada skandal besar berlaku

Aspek tatakelola capai kejayaan, tiada skandal besar berlaku – Anwar

ANWAR Ibrahim ketika menyampaikan amanat pada Majlis Perjumpaan dan Amanat Tahun Baharu Bersama Warga JPM Bagi Bulan Januari 2025 di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan prinsip tatakelola diperjuangkan Kerajaan Madani sejak dua tahun lalu mencapai kejayaan seperti diharapkan.

Perdana Menteri berkata, buktinya dalam tempoh itu, tiada satu pun skandal (kewangan) besar dikaitkan di bawah pentadbirannya.

“Sementara kita tekankan soal tatakeola, yang saya anggap suatu kejayaan, saya mahu sebut dalam tempoh dua tahun ini saya bersyukur kepada Allah SWT kerana kita menjalankan proses tender yang telus.

“Tidak ada satu pun skandal besar yang diungkapkan dalam tempoh ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Amanat Tahun Baharu bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini, hari ini.

Anwar pada masa sama menganggap pencapaian itu satu kejayaan yang besar dan penjawat awam semua peringkat ada keupayaan itu.

Beliau berkata, Malaysia adalah sebuah negara hukum dan segala keputusan harus dibuat berdasarkan tatakelola yang baik sebagaimana ditekankan prinsip Madani.

“Saya juga mahu penjawat awam mempunyai suatu ketetapan bahawa tugas kita ialah melonjakkan ekonomi dan prestasi negara kita.

“Percayalah, beri satu atau dua tahun lagi. Kalau semangat begini rupa, pengiktirafan begini rupa dan kesatuan semangat kita, saya percaya kita akan saksikan Malaysia itu sebagai negara hebat di rantau ini,” katanya.

Perdana Menteri turut yakin hasrat itu dapat dicapai jika perkhidmatan awam dapat diubah dan diperbaiki secara menyeluruh.

Pada masa sama, Anwar berkata, kerajaan akan mengadakan sesi pemukiman ketiga Kabinet Kerajaan Madani tidak lama lagi.

“Kita dalam beberapa minggu ini akan mulakan dengan retreat (sesi pemukiman) Jemaah Menteri.

“Sesi pemukiman ini bukan untuk mencatat kejayaan masing-masing tetapi untuk menyatakan bahawa ada ruang yang harus diperbaiki serta kelemahan yang harus dipetulkan dalam pentadbiran semasa.

“Saya percaya pemukiman ini akan diikuti oleh setiausaha-setiausaha kementerian dan ketua-ketua pengarah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya