ASEAN perlu bersatu hadapi cabaran ekonomi

ASEAN perlu bersatu hadapi cabaran ekonomi

NAZIR Razak (tengah) ketika sidang akhbar mengenai Mesyuarat Majlis ASEAN-BAC ke-102 dan Mesyuarat Majlis Bersama ASEAN-BAC ke-25 di George Town, Pulau Pinang, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Negara-negara ASEAN diharapkan terus bersatu dalam menghadapi cabaran ekonomi serantau susulan hasrat Presiden Amerika Syarikat (AS) yang baru dipilih, Donald Trump, untuk menubuhkan sebuah jabatan baharu yang dipanggil Perkhidmatan Hasil Luar (External Revenue Service).

Pengerusi Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) Malaysia, Tan Sri Nazir Razak berkata, negara-negara ASEAN harus mengambil peluang pada masa ini untuk mengukuhkan kedudukan mereka sebagai hab perdagangan global.

“Dalam situasi pemisahan dan pemecahan ekonomi dunia, ASEAN perlu kekal neutral. Ini adalah peluang bagi ASEAN untuk terus menjadi pusat tarikan pelaburan, Ini kerana, kita (ASEAN) kekal neutral, dan diharapkan dapat terus kekal neutral,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mengenai Mesyuarat Majlis ASEAN-BAC ke-102 dan Mesyuarat Majlis Bersama ke-25 di sini, hari ini.

Nazir mengulas mengenai langkah Trump untuk menubuhkan Perkhidmatan Hasil Luar yang dijangka diumumkan secara rasmi selepas beliau memegang jawatan pada 20 Januari ini.

Trump satu hantaran media sosial berkaa, beliau akan menubuhkan jabatan itu pada 20 Januari iaitu hari beliau secara rasmi dilantik sebagai presiden untuk penggal kedua, sambil menambah bahawa rakyat Amerika telah dikenakan cukai terlalu lama oleh Perkhidmatan Hasil Dalam Negeri (Internal Revenue Service).

Sementara itu, menurut Nazir, ekonomi ASEAN yang lebih terbuka dan sangat bergantung kepada perdagangan akan terjejas oleh ketidaktentuan dasar tarif baharu AS ini.

“Kami khuatir langkah ini boleh merencatkan aliran perdagangan global dan memberi impak besar terhadap ekonomi negara-negara ASEAN yang sangat terintegrasi dengan ekonomi China,” katanya.

Nazir berkata, kebimbangan ini telah dibincangkan secara meluas dalam kalangan pemimpin perniagaan ASEAN.

Katanya, dalam persekitaran luaran yang tidak menentu adalah lebih penting bagi negara-negara Asia untuk bekerjasama, melabur bersama, dan mencipta nilai bersama.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya