ASEAN harus bersifat berkecuali

ASEAN harus bersifat berkecuali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia dan negara ASEAN harus terus bersikap berkecuali dan tidak masuk campur dalam masalah membabitkan negara lain.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,  ASEAN perlu berusaha untuk terus menarik pelaburan bukan sahaja daripada Amerika Syarikat (AS) dan Eropah, malah dengan jiran terdekat seperti China, India dan Australia.

Anwar berkata, pendirian Malaysia dan negara ASEAN masih kekal dalam bersikap berkecuali dan tidak masuk campur dalam masalah membabitkan negara lain.

“Malaysia sebagai sebuah negara perdagangan dan begitu juga rantau ASEAN perlu terbabit secara lebih agresif dengan pelaburan daripada AS dan Eropah.

“China menjadi jiran yang penting, malah kita harus terus berbuat demikian bersama Australia, India, dan negara-negara lain.

“Disebabkan ini, saya merasakan ASEAN adalah sebuah wilayah berpusat yang mampu terbabit secara dekat mana-mana negara dan masalah yang bukan masalah kita tidak sepatutnya menekan kita atau berpihak kepada sesiapa,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika ucaptama Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF), hari ini.

Dalam pada itu, Anwar berkata, ASEAN mengambil pendekatan berhati-hati dalam menangani isu Myanmar bagi memastikan keamanan di negara tersebut dapat dicapai.

Katanya, langkah yang diambil ASEAN lebih kepada dalam memastikan wujudnya keterangkuman, keamanan dan demokrasi yang bersifat penyertaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya