ASEAN bincang tawaran China banteras judi dalam talian, scammer

ASEAN bincang tawaran China banteras judi dalam talian, scammer

MOHAMAD HASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Pemukiman Menteri-Menteri Luar ASEAN dijangka membincangkan tawaran China untuk bekerjasama membanteras sindiket perjudian dalam talian dan penipuan telekomunikasi, esok.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tawaran China itu akan dibincangkan dengan negara serantau dalam mesyuarat sehari yang dipengerusikannya.

“Kita akan bincangkan (tawaran China) esok,” katanya ketika ditemui pemberita pada Pemukiman Menteri Luar ASEAN di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Menteri Luar China, Wang Yi bahawa China bersedia bekerjasama dengan negara ASEAN dalam memerangi perjudian dalam talian rentas sempadan dan penipuan telekomunikasi.

Wang menyatakan perkara itu dalam pertemuan dengan diplomat dari 10 negara ASEAN di Beijing, seperti dilaporkan sebuah portal.

Wang dilaporkan menekankan insiden membimbangkan baru-baru ini mengenai perjudian dalam talian dan penipuan telekomunikasi di sepanjang sempadan Thailand-Myanmar yang mengancam keselamatan warganegara China.

Beliau turut menggesa negara yang terlibat untuk mengambil tanggungjawab dan melaksanakan langkah-langkah tegas bagi menangani jenayah ini secara tuntas.

Wang turut menyatakan kesediaan China untuk meningkatkan kerjasama dengan agensi penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan di negara ASEAN, sama ada secara dua hala atau pelbagai hala, untuk mewujudkan persekitaran selamat bagi pertukaran antara rakyat dan mempromosikan kerjasama harmoni antara negara jiran.

Terdahulu, Mohamad mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Negeri Thailand, Maris Sangiapongsa di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi (LICC).

Katanya dalam pertemuan itu, kedua-dua negara hanya membincangkan langkah terbaik untuk memperkukuhkan hubungan keluarga ASEAN.

“Melihat kepada geopolitik dan geoekonomi dunia sekarang, saya rasa rugi jika ASEAN tidak bersatu. Sebab itu kami memilih tema inklusiviti dan kelestarian tahun ini. Kita mesti inklusif, bersatu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya