Anwar teguh pertahan kebebasan kehakiman

Anwar teguh pertahan kebebasan kehakiman

MUHAMMAD KAMIL ABDUL MUNIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sentiasa teguh dalam memperjuangkan kebebasan badan kehakiman walaupun beliau pernah menjadi mangsa kepada sistem kehakiman yang dipengaruhi oleh agenda politik.

Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, terdapat individu tertentu yang memutarbelitkan kenyataan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, pada Majlis Pembukaan Tahun Perundangan 2025.

Katanya Tengku Maimun dalam majlis telah memberikan nasihat mendalam dan membina yang diterima dengan baik oleh kerajaan.

“Perdana Menteri sendiri pernah menjadi mangsa sistem kehakiman yang dipengaruhi politik. Oleh itu, tidak dapat dinafikan bahawa beliau secara konsisten memperjuangkan autonomi kehakiman negara dalam wacana dan usahanya.

“Ini adalah strategi menipu yang bertujuan untuk membentuk pandangan negatif dan menyimpang terhadap kerajaan Madani, meskipun bertentangan dengan realiti semasa,” katanya dalam akaun X beliau hari ini.

Beliau berkata bahawa ia adalah perbuatan tidak bermoral untuk sengaja menyembunyikan kebenaran dan fakta berkaitan pencapaian usaha Kerajaan Madani dalam memelihara kebebasan kehakiman.

Katanya, tindakan memutarbelitkan fakta yang berkaitan dengan pencapaian usaha kerajaan Madani untuk mempertahankan kebebasan kehakiman adalah perbuatan yang amat negatif.

Katanya, pihak terlibat seolah mengabaikan pencapaian ketara Malaysia yang telah melonjak 23 anak tangga dalam Indek Prinsip Undang-Undang di bawah pentadbiran semasa pada 2023, seperti yang ditekankan oleh Ketua Hakim Negara dalam ucapannya.

“Seperti yang dinyatakan oleh beliau, pencapaian ini bukan sekadar angka kosong tetapi mencerminkan persepsi global terhadap Malaysia, terutamanya di kalangan pelabur, dan merupakan elemen penting untuk pembangunan ekonomi serta sosial yang mampan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya