Anwar sahkan PH tidak sertai  Himpunan Solidariti Najib

Anwar sahkan PH tidak sertai  Himpunan Solidariti Najib

ANWAR Ibrahim beramah mesra dengan peniaga-peniaga di Pusat Wirawati Penjaja, hari ini. GAMBAR: FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) tidak akan menyertai perhimpunan solidariti untuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin ini di Putrajaya. 

Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan keputusan itu dalam himpunan yang dianjurkan oleh UMNO itu. 

“PH tidak terlibat,” kata Perdana Menteri semasa ditemui pemberita selepas melakukan lawatan ke pusat Penjaja Wirawati bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa, di sini hari ini.

Mahkamah Rayuan menetapkan 6 Januari ini untuk mendengar rayuan Najib terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan Titah Adendum.

Mahkamah Tinggi sebelum ini menolak kebenaran semakan kehakiman dan notis usul yang difailkan oleh bekas bekas perdana menteri itu untuk mengemukakan keterangan tambahan berkaitan Titah Adendum yang dikatakan dikeluarkan Agong terdahulu berhubung tahanan rumah.

Sehubungan itu, UMNO menganjurkan himpunan solidariti untuk bekas Presiden ya dan ia dijangka akan turut di sertai oleh parti-parti komponen Barisan Nasional (BN). 

Malah, Pas turut dijangka menyertai himpunan solidariti itu selepas tular memo arahan oleh Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan. 

Mengulas mengenai pertelingkahan antara Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng, Anwar berkata, ia boleh diselesaikan melalui perbincangan. 

“Soal Guan Eng kita boleh redakan, sikit-sikit (itu biasa),” ujarnya.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya