Anwar berjaya tarik pelaburan, perkukuh hubungan dua hala

Anwar berjaya tarik pelaburan, perkukuh hubungan dua hala

LAWATAN Anwar Ibrahim ke UAE mencatatkan kejayaan besar dalam memperkukuh hubungan dua hala dan menarik pelaburan strategik. - FACEBOOK ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lawatan kerja Perdana Menteri ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) mencatatkan kejayaan besar dalam memperkukuh hubungan dua hala dan menarik pelaburan strategik yang membanggakan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, lawatan pertama beliau ke luar negara tahun ini sebagai Pengerusi ASEAN 2025 mencerminkan kesediaan Malaysia untuk membuka lebih banyak peluang perdagangan dan pelaburan baharu khususnya dari benua Asia Barat.

“Alhamdulillah, lawatan saya ke UAE mencapai matlamat untuk memperkukuh hubungan dua hala dan persahabatan antara Malaysia dan UAE.

“Sinergi pelaburan yang terhasil juga sangat positif dan cukup membanggakan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Anwar turut mengumumkan beberapa kerjasama baharu yang berjaya dimeterai sepanjang lawatan tersebut.

“Antaranya adalah perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang akan membuka laluan baharu dalam perdagangan serantau.

“Malaysia turut memperkukuh kerjasama dalam bidang teknologi dengan inisiatif untuk memperkasakan kecerdasan buatan (AI) di negara ini yang dijangka membawa manfaat besar kepada pembangunan ekonomi dan kemajuan digital,” katanya.

Lawatan ini menandakan permulaan yang baik untuk Malaysia dalam mendekati rakan dagang dari Asia Barat, sekali gus membuktikan komitmen negara untuk terus menjalin hubungan erat di peringkat antarabangsa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya