Anwar berangkat ke UAE hadiri persidangan ADSW

Anwar berangkat ke UAE hadiri persidangan ADSW

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar ibrahim dan delegasi Malaysia berangkat ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) petang tadi bagi menghadiri Abu Dhabi Sustainability Week (ADSW). - GAMBAR PLATFORM X PERDANA MENTERI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar ibrahim dan delegasi Malaysia berangkat ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) petang tadi bagi menghadiri Abu Dhabi Sustainability Week (ADSW).

Beliau berkata, lawatan itu atas jemputan Naib Presiden dan Perdana Menteri UAE merangkap Pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum.

Semasa lawatan ini juga, Anwar akan mengadakan pertemuan dengan Presiden UAE merangkap Pemerintah Abu Dhabi, Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan, dan rakan sejawat, Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum.

“Usai lawatan kerja di UAE, saya akan berlepas ke London, United Kingdom sebagai usaha untuk memperkukuhkan hubungan strategik kedua-dua negara termasuk pertemuan dengan rakan sejawat saya Perdana Menteri Britain, Keir Starmer.

“Saya kemudiannya akan ke Brussels, Belgium untuk menghadiri beberapa agenda penting termasuk pertemuan dengan Perdana Menteri Belgium, Alexander De Croo selain sesi bersama Presiden Majlis Eropah Antonio Costa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Perdana Menteri, usai rencana di Brussels, beliau akan mengetuai delegasi Malaysia ke Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di Davos, Switzerland.

“Pastinya ini platform penting dalam membahaskan pelbagai isu dunia antaranya ketidaktentuan perubahan iklim, kepesatan inovasi dalam kecerdasan pembuatan dan kepantasan teknologi.

“Mohon dititipkan doa agar perjalanan saya dan delegasi Malaysia dipermudah selain kesemua perancangan yang diatur mendapat keberkahan lantas membawa hasil yang besar kepada rakyat dan negara, Insya-Allah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya