Anwar arah perkemas penyelarasan bencana banjir

Anwar arah perkemas penyelarasan bencana banjir

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) diarahkan untuk memperkemas penyelarasan seluruh kekuatan jentera agensi persekutuan dan negeri bagi menghadapi bencana banjir.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keutamaan saat ini adalah kebajikan mangsa banjir serta keselamatan penduduk di kawasan terkesan.

Beliau berkata, skuad Ihsan Madani akan turun membantu mangsa banjir di pusat pemindahan sementara serta bersiap siaga bagi penugasan pasca banjir.

“Saya juga mengarahkan NADMA memperkemas penyelarasan seluruh kekuatan jentera agensi persekutuan dan negeri.

“Jabatan Pendidikan Negeri turut diarah mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terjejas dapat menjalani peperiksaan dengan selamat dan kondusif,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Anwar turut menzahirkan simpati kepada semua mangsa yang terjejas setelah menerima perkhabaran situasi banjir yang semakin buruk di Sabah dan Sarawak.

“Moga semua mangsa yang terkesan diberi kesabaran dan ketabahan sepanjang tempoh musibah ini melanda,” katanya.

Pada ketika ini, situasi banjir di Sabah dan Sarawak semakin buruk susulan lebih 8,000 orang dipindahkan.

Ini membimbangkan apabila keadaan tersebut meningkat sekali ganda daripada mangsa yang direkodkan semalam sehingga memaksa penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Berdasarkan Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat mendadak setakat 3 petang ini dengan seramai 5,106 orang daripada 1,416 keluarga dipindahkan ke 42 PPS yang dibuka.

Bagi Sabah, jumlah terkini mangsa yang terjejas adalah 3,550 daripada 1,232 keluarga yang dipindahkan ke 25 PPS terdekat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya