BACHOK: Hanya dua ekor daripada ratusan anjing liar yang dilapor berkeliaran dan mengancam keselamatan penduduk Mukim Beris Lalang, di sini masuk perangkap dipasang Majlis Daerah Bachok (MDB).
Jurucakap MDB berkata, pemasangan perangkap itu melibatkan kawasan yang menjadi tumpuan anjing liar berpandukan kepada laporan dibuat penduduk melalui Unit Penguatkuasaan dan Perangkap Haiwan Liar.
“Setakat bulan ini kita hanya dapat menangkap dua ekor anjing liar. Bagaimanapun haiwan tersebut masih banyak berkeliaran di sini.
“Pemantauan berterusan dijalankan dalam usaha menyelesaikan masalah ini. Jesteru, kami mohon kerjasama orang ramai untuk membantu menjayakan misi ini,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Sebelum ini akhbar ini melaporkan, seorang penternak dari Kampung Gong Nibong Hilir, di sini mendakwa kerugian ribuan ringgit selepas biri-biri peliharaannya ditemukan mati dipercayai diserang anjing liar. – UTUSAN