Angin kencang: Orang ramai dinasihat jauhi pantai Terengganu

Angin kencang: Orang ramai dinasihat jauhi pantai Terengganu

ORANG ramai dinasihatkan menjauhi kawasan pantai susulan angin kencang yang berlaku di Terengganu ketika ini. - UTUSAN/KAMALIZA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Orang ramai dinasihatkan tidak menghampiri kawasan pantai ketika ini susulan fenomena angin kencang yang sedang melanda perairan Terengganu.

Pengarah Pejabat Meteorologi Terengganu, Rosli Zakaria berkata, kelajuan angin yang direkodkan di Kuala Terengganu ketika ini ialah sekitar 25 kilometer sejam (km/jam).

“Memang tinggi berbanding hari-hari biasa iaitu 10-20 km/j pada musim Monsun Timur Laut. Malam tadi, kelajuan angin yang direkodkan ialah 40 km/j dan situasi ini agak berisiko untuk sesiapa sahaja berada di kawasan pantai tanpa sebarang keperluan.

“Orang ramai perlu menjauhi pantai kerana bimbang risiko berlakunya pokok tumbang atau struktur binaan runtuh yang boleh mendatangkan kecederaan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, hari ini.

Rosli berkata, waktu kemuncak berlakunya angin kencang ialah hari ini dan esok. – UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya