Anggota polis positif dadah ditahan ketika berhibur

Anggota polis positif dadah ditahan ketika berhibur

tahanan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang anggota polis wanita ditahan selepas didapati positif dadah dalam Op Hiburan sempena tahun baharu di sebuah pusat hiburan di Jalan Tun Razak dekat sini semalam. 

Anggota berusia 26 tahun itu ditahan kira-kira 2 pagi oleh Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju. 

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, pemeriksaan mendapati anggota wanita terbabit sedang bercuti sebelum melaporkan diri di Kontinjen Johor.

“Ujian saringan awal mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine, methamphetamine, ketamin dan benzo.

“Dia dibawa ke IPD Wangsa Maju untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Menurutnya, suspek direman selama dua hari hingga hari ini. 

“Kes telah disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya