Anggota penguat kuasa JPJ guna kamera badan tahun ini

Anggota penguat kuasa JPJ guna kamera badan tahun ini

ANTHONY LOKE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dijangka menggunakan peranti kamera badan bermula tahun ini untuk meningkatkan ketelusan dan keberkesanan penguatkuasaan khususnya melibatkan kenderaan berat.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, penggunaan peranti berkenaan juga bertujuan melindungi anggota ketika mereka melakukan penugasan di lapangan.

“Saya telah pun meminta Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk berunding dan berbincang dengan Kementerian Kewangan (MOF) supaya dapat peruntukan segera peranti kamera badan ini.

“Dan saya harap anggota-anggota JPJ dalam tahun ini juga akan dilengkapi dengan peranti tersebut,” katanya menerusi sidang akhbar selepas Majlis Perhimpunan Bulanan MOT di sini hari ini.

Pada 23 November lalu, media melaporkan penggunaan kamera badan bagi anggota penguat kuasa JPJ sangat diperlukan bagi meningkatkan integriti dalam kalangan anggota bertugas dan orang awam.

Mengulas lanjut, Loke berkata, menerusi penggunaan peranti berkenaan, segala bukti ketika menjalankan pemeriksaan mahu pun operasi dapat direkodkan bagi tujuan penguatkuasaan undang-undang.

“Kadang kala anggota-anggota kita juga dicemuh, dihina dan dituduh macam-macam, jadi dengan adanya peranti kamera badan, anggota JPJ dapat dilindungi.

“Justeru, apa sahaja bukti semasa mereka menguatkuasakan undang-undang dapat dirakamkan melalui peranti tersebut,” ujarnya.

Dalam perkembangan berlainan, Loke berkata, MOT kini berada dalam fasa akhir untuk melantik Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM) baharu untuk perkhidmatan pemeriksaan kenderaan motor.

Menurutnya, prosedur pemeriksaan berkala kenderaan berat turut akan ditambah baik dengan memfokuskan kepada keselamatan komponen kenderaan yang kritikal seperti tayar dan sistem brek.

Jelas beliau, ini termasuk menambah elemen pemeriksaan melibatkan komponen kritikal tersebut dalam prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan spesifikasi keselamatan dipatuhi sepenuhnya. – UTUSANlogo jpjo

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya