Andalusia sasar 1 juta peserta kempen JIMBA, tawar hadiah RM500,000

Andalusia sasar 1 juta peserta kempen JIMBA, tawar hadiah RM500,000

MD. DAUD (kanan) dan Ida Riswana ketika melancarkan platform jimba.com.my dan Pakej Umrah Andalusia 1447H, malam tadi. - UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Syarikat pengendali pakej haji dan umrah, Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. (Andalusia) membangunkan platform kempen Jelajah Impian & Mimpi Bersama Andalusia (JIMBA) dengan menawarkan 52 hadiah cabutan bertuah bernilai lebih RM500,000 dalam kempen yang bermula hari ini.

Pengarah dan Penasihat Undang-Undang Andalusia, Ida Riswana Idris, berkata kempen yang menyasarkan penyertaan sejuta umat Islam itu menawarkan pelbagai hadiah lumayan termasuk kereta BYD SEALION 7, melalui cabutan bertuah setiap minggu.

“Cabutan bertuah setiap minggu ini akan diadakan di cawangan Andalusia dan pemenang akan dimaklumkan melalui sesi siaran langsung di platform media sosial pada setiap Jumaat malam pukul 8.30 malam hingga 10 malam,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam. Turut hadir Pengerusi Eksekutif Andalusia, Datuk Md. Daud Che’ Ngah.

JIMBA yang boleh dilayari melalui jimba.com.my umat Islam adalah suatu inisiatif bagi meningkatkan kesedaran jenama Andalusia selain bertujuan menarik perhatian orang ramai dengan kempen menarik seperti peraduan mingguan di mana cabutan mingguan akan dilakukan secara bergilir di 60 cawangan Andalusia seluruh negara.

“Kita menyasasarkan dapat mengumpul sejuta maklumat pelanggan baharu melalui pendaftaran penyertaan secara dalam talian untuk digunakan dalam kempen pemasaran akan datang.

“Ia turut dijangka berupaya menarik pelanggan membeli pakej dengan menawarkan penyertaan serta merta dalam cabutan bertuah,” katanya.

Selain hadiah utama BYD Sealion 7, umat Islam turut berpeluang memenangi tawaran menarik antaranya pakej umrah, percutian ke Turkiye, Eropah, Jepun dan Korea, motosikal serta telefon bimbit.

Terdahulu pada majlis sama, Andalusia turut memperkenalkan Pakej Baharu Umrah 1447H yang menawarkan harga bermula RM5,990.

Ida Riswana berkata, kempen itu menawarkan pakej umrah penerbangan terus, transit dan ziarah selain pelancongan Muslim.

“Pakej ini menawarkan harga berpatutan dengan harga sebelum Covid-19 selain pilihan seperti tempoh lebih singkat dan pakej pelancongan, malah kami sudah mendapat pengesahan tempat duduk dari lapan syarikat penerbangan,” katanya.

Sementara itu, Md. Daud, berkata melalui penawaran harga sederhana itu, pihaknya mahu melenyapkan urusan penipuan dalam urusan umrah yang kononnya menyediakan harga lebih murah.

“JIMBA boleh dijadikan program menyelamatkan umat Islam daripada ancaman penipuan. Kita tidak mahu umat Islam terbabit dengan ‘scammer’ sebaliknya carilah yang berlesen, berautoriti dan yakin,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya