Anak saya tidak mengatasi undang-undang - Saifuddin

Anak saya tidak mengatasi undang-undang – Saifuddin

SAIFUDDIN Nasution Ismail sempat mengguna pakai sistem operasi kod Respons Pantas (QR) MyBorderPass dan Sistem Smart Q di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan bahawa anaknya tidak akan terlepas daripada apa-apa tindakan undang-undang.

Saifuddin berkata, jika ada laporan polis terhadapnya maka, ia akan diserahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menyiasat.

“Anak saya tidak mengatasi undang-undang dan kalau ada laporan ke atasnya, itu tanggungjawab polis untuk menyiasat setelusnya dan seadilnya.

“Merujuk kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain sebelum ini, kertas siasatan sudah disempurnakan dan sudah diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR),” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau operasi kod Respons Pantas (QR) MyBorderPass dan Sistem Smart Q di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Saifuddin berkata, beliau menegaskan bahawa sesiapa pun termasuk anaknya tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang.

“Jika sekiranya asas siasatan mendapati ada basis, biar ia dilakukan dengan adil dan mengikut prosedur yang ditetapkan,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan polis sudah melengkapkan kertas siasatan kes ugutan jenayah yang dikaitkan dengan anak seorang menteri seperti yang tular di laman media sosial sejak Rabu lalu.

Razaruddin dilaporkan berkata, tindakan ini sekali gus menunjukkan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak pernah berkompromi atau melindungi mana-mana pihak yang melakukan kesalahan.

Razarudin juga menegaskan anak menteri terbabit dilaporkan sudah menikahi wanita berkenaan.

Terdahulu tular dalam laman sosial Telegram kes membabitkan anak seorang menteri, yang dilaporkan mengugut seorang wanita yang memintanya bertanggungjawab atas kandungannya sejak tujuh minggu lalu.

Pada masa ini siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya