Anak OKU dibelasah diberi kaunseling

Anak OKU dibelasah diberi kaunseling

FADHLINA Sidek (tengah) bergambar bersama penuntut semasa mengadakan lawatan di Institut Pendidikan Guru Kampus Dato' Razali Ismail, Kuala Nerus, Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS : Kementerian Pendidikan menyediakan bantuan kaunseling kepada anak lelaki orang kurang upaya (OKU) kategori mental yang dibelasah hingga cedera di Pasar Tani Padang Astaka Chukai, di Kemaman, dekat sini, baru-baru ini.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya sudah mendapatkan maklumat dari Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) dan Pejabat Pendidikan Daerah Kemaman mengenai butiran anak lelaki tersebut.

“Kita melihat ada keperluan untuk menghantar pegawai kaunselor bagi membantu keluarga itu kerana sekarang adalah situasi sukar untuk anak-anak menghadapi isu tersebut. 

“Kementerian mengambil perhatian penuh dalam kes ini (untuk membantu anak-anak dari trauma) dan akan membantu mereka dari segi kaunseling,” katanya selepas menghadiri sesi ramah mesra bersama warga Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Dato’ Razali di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, lelaki OKU mental tersebut, Ahmad Nor Al Faizan Jusoh, 47 cedera dipukul beberapa individu  selepas motosikal yang ditunggangnya melanggar salah sebuah gerai jualan di pasar tani itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya