Amanah bukan parti pinggiran Kerajaan Perpaduan

Amanah bukan parti pinggiran Kerajaan Perpaduan

Pesalah seksual
AIMAN Athirah Sabu ditemui pemberita pada sidang akhbar selepas perasmian Konvensyen AWAN 2024, di Klang, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Mukadimah

Kerap kali Parti Amanah Negara (Amanah) dimomokkan lawan sebagai parti pinggiran walaupun berada dalam kerajaan. Bagaimanapun, sangkaan sedemikian disanggah dan parti itu dijelas memainkan peranan unik dalam gabungan Pakatan Harapan (PH).

Bersama wartawan MOHAMAD ATHIR ISMAIL Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN), DATUK AIMAN ATHIRAH SABU menampan dakwaan tersebut.

Parti lawan masih sifatkan Amanah sebagai pinggiran dalam gabungan, apa reaksi Datuk?
Kita memang tahu ada pandangan-pandangan seperti itu, tetapi kalau kita boleh berlaku adil, sebenarnya setiap parti ada kekuatan dan kelemahan. Antara kekuatan Amanah adalah sentiasa bersifat reasonable dan menyatukan.

Apa peranan Amanah dalam PH yang mungkin dipandang mudah parti lain?
Kalau kita tengok peranan presiden sendiri akan mengambil laras apa sahaja yang menyatukan perbezaan, Amanah sentiasa berperanan menjadi ‘gam’ dalam politik. Dahulu kita ada pengalaman semasa ditubuhkan Pakatan Harapan (PH), Parti Bersatu mahu sertai, kita juga berperanan menjadi demikian pada waktu itu juga. Kita ambil yang positif.

Bagaimana AWAN selepas konvensyen nanti akan memainkan peranan?
Tema kali ini ‘Wanita-Wanita Pemberani’, saya harapkan AWAN bukan lagi menjadi seperti ahli sayap wanita parti-parti lain yang mengisi tempat kosong, kelompongan, tetapi hadir dalam parti politik dan berani bersuara dan berbeza pendapat, berhujah, kemudian mengangkat gagasan-gagasan perjuangan yang lebih melebar.

Kalau tidak, wanita hanya jadi ‘pak turut’, kalau ditegur mereka akan menyusut. Tetapi, di peringkat kami, kita Amanah jadi wanita pemberani sebab kita hendak menjalankan tugas yang lebih berat.

Adakah wanita bersedia menggerakkan parti?
Tidak mustahil sebab parti ini tiada kekangan, dalam parti ini pun mungkin ada presiden wanita. Kalau tidak sejauh itu, mungkin di peringkat kawasan-kawasan. Sebab saya yakin wanita menunjukkan komitmen bukan sahaja boleh menggerakkan sayapnya, tetapi mampu menggerakkan parti.

Kalau ada tempat atau kawasan yang mungkin ‘redup dan mendung’ tak boleh bergerak, cuma perlu bersikap terbuka, berikan ruang itu kepada wanita untuk menggerakkan.

Bagaimana konvensyen kali ini merapatkan saf ahli, pemimpin bagi mendepani pilihan raya akan datang?
Untuk kita mendukung hasrat bersama dengan menjayakan program-program parti termasuklah Pro-Amanah, contohnya. Jangan dibiarkan program-program itu digerakkan oleh peringkat nasional, tetapi tidak diiringi dengan penyertaan kawasan-kawasan. Jadi, setiap perwakilan mesti sedar bahawa membangunkan parti adalah tanggungjawab bersama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya