Allahyarham Seriwani seorang yang komited, berdedikasi - Ahmad Zahid

Allahyarham Seriwani seorang yang komited, berdedikasi – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan takziah kepada keluarga Pegawai Tugas-Tugas Khas Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Allahyarhamah Seriwani Sabtu yang meninggal dunia pagi tadi.

Ahmad Zahid dalam satu hantaran di Facebook berkata, Allahyarham merupakan Ketua Wanita UMNO Setiawangsa yang komited dan berdedikasi dalam melaksanakan tanggungjawab.

“Pagi ini, saya merasa hiba dan sedih menerima khabar duka kehilangan seorang pegawai yang amat komited dan berdedikasi dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawabnya.

Allahyarhamah Seriwani Sabtu, Pegawai Tugas-Tugas Khas saya di KKDW yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Setiawangsa, telah kembali menghadap Ilahi di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah, UPM, sekitar  8.00 pagi tadi. Satu kehilangan besar bagi kita semua.

“Dalam kunjungan terakhir saya pada Sabtu lalu, saya dapat melihat betapa tabah dan cekalnya beliau menghadapi ujian kesakitan yang dialami. Namun, Allah SWT lebih menyayangi beliau.

“Saya berdoa semoga Allah SWT mencurahkan rahmat, maghfirah dan kasih sayang-Nya kepada Allahyarhamah, serta menempatkannya dalam kalangan insan solehah yang beroleh jannah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya