Aliran trafik dijangka 2.6 juta kenderaan sehari sempena Raya Cina

Aliran trafik dijangka 2.6 juta kenderaan sehari sempena Raya Cina

Aliran trafik bersempena Tahun Baharu Cina dijangka meningkat sehingga 2.6 juta kenderaan sehari ekoran pergerakan orang ramai ke seluruh negara bermula minggu depan. UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Aliran trafik bersempena Tahun Baharu Cina dijangka meningkat sehingga 2.6 juta kenderaan sehari ekoran pergerakan orang ramai ke seluruh negara bermula minggu depan.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam kenyataan memaklumkan, pergerakan kenderaan keluar dari ibu kota sempena cuti panjang akan meningkat bermula pada 24 sehingga 28 Januari manakala aliran trafik kembali ke ibu kota akan menunjukkan peningkatan pada 1 sehingga 2 Februari.

“LLM menjangkakan trafik tertinggi sebanyak 2.6 juta kenderaan sehari akan menggunakan lebuh raya utama sempena cuti perayaan Tahun Baharu Cina ini. 

“Daripada jumlah ini, sebanyak 2.2 juta kenderaan dijangka akan menggunakan Lebuhraya Utara Selatan, 198,000 di Lebuhraya KL-Karak, 82,000 di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1, 48,000 Lebuhraya Pantai Timur Fasa dua dan 120,000 di Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam kenyataan yang sama, LLM turut menjelaskan pelaksanaan tempoh larangan pemanduan kenderaan barangan sempena perayaan Tahun Baharu Cina bagi membantu kepada aliran trafik yang lebih baik di lebuh raya utama negara.

“Untuk meningkatkan keselesaan pengguna lebuh raya, kerja-kerja membaikpulih dan menaik taraf kemudahan dan  fasiliti di 38 buah kawasan rehat dan rawat atau hentian sebelah atau plaza tol telah disiapkan pada tahun 2024. 

“Pelaksanaan inisiatif ini masih diteruskan pada tahun 2025 dan terdapat fasiliti sementara yang telah disediakan bagi penggantian sementara kemudahan sedia ada yang ditutup,” katanya.

LLM telah mengambil beberapa langkah bagi mengurangkan kesesakan sepanjang tempoh cuti perayaan Tahun Baru Cina ini termasuklah memastikan tiada penutupan lorong oleh syarikat konsesi lebuh raya kecuali bagi kerja kecemasan bermula pada 23 Januari sehingga 3 Februari ini.

“Selain itu, mengaktifkan laluan smart lane di 25 lokasi hotspot kesesakan di Lebuhraya Utara Selatan; pelaksanaan pengurusan trafik di plaza tol dan persimpangan bagi menambah baik aliran trafik seperti pengaktifan laluan tidal serta penambahan kaunter bayaran tol menggunakan portable reader,” ujarnya.

Selain itu, pihak PLUS juga telah menyediakan kira-kira 50 tandas sementara dari jenis kabin yang lebih selesa berbanding tandas ’portable’ konvensional di Lebuhraya Utara Selatan untuk menampung keperluan pengguna semasa musim perayaan ini.

“Justeru itu, para pengguna adalah dinasihatkan untuk mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak PLUS. Sekiranya keadaan di lokasi sesak, para pengguna digalakkan untuk meneruskan perjalanan dan singgah di kawasan rehat & rawat atau hentian sebelah atau plaza tol seterusnya,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya