AiSSE 2025 platform terbaik pacu pembangunan keselamatan negara

AiSSE 2025 platform terbaik pacu pembangunan keselamatan negara

PERSIAPAN sempena Asia International Security Summit & Expo (AISSE2025) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Penganjuran Asia International Security Summit and Expo 2025 (AiSSE 2025) bermula esok akan meletakkan Malaysia sebagai hab inovasi keselamatan serantau dan global.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, AiSSE 2025 bukan sekadar sebuah pameran tetapi inisiatif strategik bagi memperkukuh Malaysia dalam aspek keselamatan melalui perkongsian idea, teknologi dan kerjasama.

Beliau berkata, sidang kemuncak bertemakan ‘Asia United: Charting the Future of Global Peace and Security through Law Enforcement Collaboration’ itu diharap memupuk perpaduan, kerjasama dan pembangunan yang mampan dalam bidang keselamatan.

“AiSSE 2025 melibatkan pameran teknologi oleh lebih 300 syarikat serta menampilkan 36 bengkel yang membincangkan isu-isu keselamatan global oleh pakar dan pemimpin dari pelbagai negara.

“Bengkel-bengkel ini akan membincangkan pelbagai cabaran keselamatan, termasuk keselamatan siber, teknologi pemantauan pintar, dan penyelesaian terhadap ancaman jenayah rentas sempadan.

“Ia peluang besar untuk Malaysia mempelajari pendekatan baharu serta memperbaiki dasar sedia ada,” katanya dalam sidang akhbar selepas meninjau persiapan AiSSE 2025, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, aspek inovasi seperti kecerdasan buatan (AI) dan aplikasi pintar dijangka menjadi tumpuan utama pada AiSSE 2025.

“Pempamer membawa teknologi canggih, termasuk AI yang mampu menganalisis ancaman siber secara pantas dan memberi penyelesaian yang efektif. Kita perlu memanfaatkan teknologi ini untuk meningkatkan keselamatan negara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya