Ahmad Terrirudin mungkin hanya ikut arahan - Zaid Ibrahim

Ahmad Terrirudin mungkin hanya ikut arahan – Zaid Ibrahim

ZAID IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Semua pihak perlu bersikap adil terhadap Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd Salleh yang menuntut supaya beliau bertanggungjawab berhubung isu Titah Adendum.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Datuk Mohd. Zaid Ibrahim berkata, kemungkinan Ahmad Terrirudin hanya mengikut arahan pihak tertentu berhubung titah yang menetapkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukumannya di rumah.

“Mari berlaku adil kepadanya. Bagaimana jika dia hanya mengikut arahan? Bagaimana jika seseorang yang lebih tinggi mengarahkannya untuk menyembunyikannya?” soalnya menerusi hantaran di Facebook.

Kenyataan Mohd. Zaid dibuat sebagai menjawab tuduhan yang mengaitkan Ahmad Terrirudin semasa menjadi Peguam Negara berhubung pengendalian Titah Adendum itu.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, kerajaan tidak pernah menyorok kewujudan Titah Adendum.

Katanya, Titah Adendum disampaikan kepada Peguam Negara dan apabila Yang di-Pertuan Agong berganti, ia diserahkan kepada Istana Negara.

Najib yang sedang menjalani hukuman penjara dibenar memulakan prosiding semakan kehakiman bagi suatu perintah untuk memaksa kerajaan atau enam pihak lain menjawab dan mengesahkan kewujudan Titah Adendum.

Mohd. Zaid turut mempersoalkan sama ada Ahmad Terriruddin sebagai penjawat awam atau hanya ‘menurut perintah’.

“Bagaimana jika kerana taat dan setia, dia diberi ganjaran dan dengan itu dinaikkan ke Mahkamah Persekutuan? Patutkah dia meletakkan jawatan?” soalnya.

Katanya, adalah lebih baik untuk polis menentukan sama ada wujud konspirasi seperti yang didakwa oleh bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin untuk menyembunyikan titah tambahan itu.

Bagaimanapun, Mohd. Zaid meragui polis akan mengaitkan mana-mana pihak atasan dalam konspirasi sedemikian.

“Inilah sebabnya saya sebelum ini mencadangkan agar Perdana Menteri dan seluruh Kabinet meletakkan jawatan kerana ‘menyembunyikan’ titah tambahan itu merupakan tindakan menyalahi undang-undang,” katanya.

Mohd. Zaid turut menjawab soalan peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mendakwa bekas Peguam Negara itu sepatutnya mengakui kewujudan titah tambahan itu agar membahaskan kesahihannya dan bukan menyembunyikannya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya