Agong lawat mangsa banjir di Johor

Agong lawat mangsa banjir di Johor

SERI Paduka Baginda ketika melawat PPS di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) New Kota dan Sekolah Rendah Agama Bersepadh (SRAB) Kota Tinggi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan melawat mangsa banjir di daerah Kota Tinggi, Johor.

Keberangkatan Seri Paduka Baginda turut diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr. Azmi Rohani, Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar, serta Pegawai Daerah Kota Tinggi, Miswan Yunus.

Antara kawasan yang dilawat termasuk Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) New Kota dan Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) Kota Tinggi.

Kedua-dua PPS itu dilaporkan sedang menempatkan kira-kira 390 orang mangsa banjir daripada 106 keluarga.

Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, ketika ini empat daerah di Johor terjejas dengan banjir iaitu Kota Tinggi, Johor Bahru, Pontian dan Kluang.

Dalam laporan sebelum ini, daerah Kota Tinggi dan Kulai mencatat pertambahan mangsa manakala Johor Bahru, Pontian dan Kluang tiada perubahan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya