Adam Lee ‘dipaksa’ cuti sebulan, terkilan hilang banyak tawaran - Utusan Malaysia

Adam Lee ‘dipaksa’ cuti sebulan, terkilan hilang banyak tawaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pelakon, Adam Lee, terkilan apabila terpaksa melepaskan beberapa projek lakonan selama sebulan akibat kecederaan pada saraf leher.

Adam atau Muhamad Arif Adam Mohamed Fadlee, 31, mengalami hentakan kuat di bahagian leher semasa sesi latihan sebuah adegan lagak ngeri menyebabkan kepalanya tidak boleh bergerak.

“Leher saya tidak patah atau retak, cuma saraf di bahagian itu ‘lari’ sedikit. Sebenarnya saya mahu keluar daripada zon selesa dengan melakukan aksi sendiri. Tidak sangka pula baru sesi latihan sudah cedera.

“Ketika itu memang saya rasa sangat sakit. Kepala saya tidak boleh bergerak dan tangan saya kebas.

“Seminggu saya ditahan di wad dan baru sahaja keluar pada satu Januari tempoh hari. Sedih sebab banyak tawaran saya terlepas,” katanya.

Adam ditemui Utusan Malaysia di konsert minggu kelima Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) di Studio TV3, Glenmarie di sini, malam tadi.

Dalam pada itu, doktor menasihati pelakon Budak Tebing itu untuk bercuti selama sebulan selain memberi fokus kepada aktiviti senaman di gim.

“Sebelum ini, sudah sebulan saya tidak ke gim kerana mahu turunkan berat badan. Maklumlah sebelum ini badan saya agak besar.

“Tapi doktor nasihatkan saya untuk teruskan bersenam dan bina otot semula untuk tampung kesakitan,” jelasnya.

Terdahulu, menerusi hantaran di media sosial, Adam Lee memuat naik gambar imbasan X-ray bahagian lehernya yang cedera.

Aktor itu turut meminta maaf kepada penerbit dan stesen televisyen kerana terpaksa menarik diri daripada beberapa projek atas faktor kesihatan. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya