Adam Corrie teringat sambal belacan mendiang bapa semasa Tahun Baharu Cina - Utusan Malaysia

Adam Corrie teringat sambal belacan mendiang bapa semasa Tahun Baharu Cina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Adam Corrie, terkenang sambal belacan buatan mendiang bapanya, Lee Kang Hai sebagai hidangan wajib sambutan Tahun Baharu Cina. 

Ujar Adam Corrie atau  Adam Corrie Lee Abdullah, 56, mendiang bapanya sangat menyukai hidangan ketam rebus dengan sambal belacan sebagai menu utama makan besar keluarga.

Boleh dikatakan kemeriahan Tahun Baharu Cina bergantung kepada ayah. Semasa mendiang masih hidup, petang-petang kami sudah beli udang, ikan, ketam, sayur dan ulam. Itu menu yang wajib ada di atas meja.

“Ayah lebih suka ketam, ibu akan rebus sampai warna ketam kemerahan sebab isinya lebih manis. Kemudian dia akan buat sambal belacan sendiri, ayah tidak mahu sesiapa buat sambal belacan kerana katanya tidak sedap. 

“Dia akan makan ketam yang direbus tadi dengan sambal belacan. Saya akui, memang sambal buatannya cukup pedas dan rasa, tiada siapa boleh menandinginya,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia, baru-baru ini. 

Tambah pelakon KL Gangster itu lagi, sejak mendiang bapanya meninggal dunia akibat sakit tua pada 2010, sambutan Tahun Baharu Cina keluarganya sudah tidak lagi semeriah dahulu. 

Kini, ibunya sudah tua dan makan besar keluarga hanya dilakukan di sebuah restoran berdekatan rumah di Taiping, Perak.

“Sampai hari ini, kalau tiba-tiba kami teringat atau rindu mendiang, saya akan buat sambal belacan itu. Sebab dalam adik beradik, saya seorang sahaja yang pandai buat dengan rasa hampir mirip.

“Sekarang setiap kali Tahun Baharu Cina, kami akan makan di restoran. Ibu sudah tua, dia makan sedikit sahaja.

“Selepas ayah meninggal, juadah makan besar kami pun berbeza. Tiada lagi ketam rebus dan sambal belacan,” jelasnya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya