‘Ada sinar perdamaiaan’ -Jay Iswazir tetap mahu permohonan maaf bekas isteri - Utusan Malaysia

‘Ada sinar perdamaiaan’ -Jay Iswazir tetap mahu permohonan maaf bekas isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Jay Iswazir berkata pihaknya sedang mencari titik perdamaiaan melalui proses undang-undang berhubung ketegangan yang berlaku antaranya dengan bekas isteri, Azzahra Ahmad.

Walaupun pihaknya tetap mahukan Azzahra membuat permohonan terbuka seperti dalam notis tuntutan (LOD) yang dikeluarkan 19 Disember lalu, namun pelakon itu enggan terlalu mendesak dan berharap semuanya dapat diselesaikan cara baik.

“Pihak Azzahra ada membalas balik LOD itu, Alhamdulillah apa yang saya boleh kongsikan di sini, kami dalam proses berbincang untuk mendapatkan perdamaian dan membersihkan apa yang dikeruhkan.

“Saya tidak tergesa-gesa untuk bersihkan nama kerana semua ini salah faham dan emosi. Saya juga tidak boleh pentingkan diri sendiri jadi saya ‘go with the flow’.

“Selebihnya saya memilih untuk tidak komen kerana bimbang berlaku salah faham. Jadi saya serahkan perkara ini kepada pihak ketiga iaitu peguam.

“Saya nampak ada sinar perdamaian. Sebab saya percaya apa yang berlaku adalah salah faham dan perlukan orang ketiga (peguam) dan berbicara menerusi undang-undang,” katanya.

Jay ditemui Utusan Malaysia di majlis pelancaran runut bunyi dan filem Dajjal di GSC The Starling, hari ini.

Bukan sengaja berdiam diri, tapi Jay merasakan ia adalah tindakan yang wajar demi menjaga sensitiviti semua pihak.

“Apa yang saya buat selama ini, saya berdiam diri kerana ia isu yang sangat sensitif.

“Sebab bagi saya, ini adalah dugaan saya dan isu rumah tangga. Ada aib yang perlu dijaga. Saya berdiam kerana saya mahu mendapatkan ketenangan untuk berfikir apa yang seharusnya saya buat,” katanya.

Terdahulu, Jay Iswazir mencuri tumpuan apabila bekas isterinya, Azzahra menunjukkan bukti laporan polis menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Azzahra turut memuat naik gambar kesan kecederaan selain mendakwa dirinya didesak untuk menggugurkan kandungan.

Bagaimanapun, Jay mengambil langkah undang-undang berhubung kenyataan yang dibuat dan meminta Azzahra membuat permohonan maaf secara terbuka kepadanya bermula tarikh notis tuntutan dikeluarkan iaitu pada 19 Disember 2024.

Sekiranya Azzahra enggan berbuat demikian, Jay akan memfailkan tuntutan di mahkamah dan bertindak menuntut ganti rugi.

Untuk rekod, Azzahra dan Jay mendirikan rumah tangga pada Mac 2022 namun mereka bercerai pada 28 Oktober lalu. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya