Abang Johari arah JPBNS pantau dan bantu mangsa bencana alam Sarawak

Abang Johari arah JPBNS pantau dan bantu mangsa bencana alam Sarawak

ABANG JOHARI TUN OPENG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) diarahkan agar terus memantau dan bersedia membantu mangsa-mangsa bencana alam.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, beliau bimbang keadaan banjir di negeri itu  telah menjejaskan penduduk di kawasan kampung, perumahan dan kawasan industri yang menjadikan kawasan berkenaan amat berbahaya. 

“Kerajaan Sarawak melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) akan terus memantau dan bersedia untuk membantu mangsa-mangsa bencana alam ini. 

“Tragedi di Miri telah mengorbankan beberapa nyawa dan saya telah meminta Pengerusi JPBNS, Datuk Amar Douglas Uggah Embas untuk terus memantau keadaan dalam dua ke tiga hari ini memandangkan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengenai hujan beberapa hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan kunjungan Tahun Baru Cina (TBC) 2025 di kediaman Ahli Lembaga Pengarah Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), Datuk Goh Leng Chua di Kuching, Sarawak.

Selain itu, beliau turut menzahirkan rasa simpati dan dukacita terhadap mangsa tragedi tanah runtuh yang berlaku di Miri dan kepada mangsa-mangsa banjir yang terjejas di seluruh negeri ini.

“Sekarang ini, pihak pentadbiran iaitu Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak kita sedang berada di Miri dan Bintulu untuk memantau keadaan yang terkini bagi pihak Kerajaan Sarawak.

“Kita bersimpati dengan kes kehilangan nyawa di Miri dan kita harap kawasan-kawasan lain berjaga-jaga dengan keadaan yang berlaku ketika ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya