8,909 pelajar diterima masuk MRSM

8,909 pelajar diterima masuk MRSM

ASYRAF Wajdi ketika sidang media Pengumuman Keputusan Tawaran Kemasukan ke MRSM Sesi 2025, di sini hari ini. - UTUSAN/M. FIRDAUS M. JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sejumlah 8,909 daripada 93,635 pelajar merangkumi tingkatan satu dan empat berjaya mendapat tempat bagi kemasukan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) sesi 2025 di 57 lokasi seluruh negara.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, tawaran itu diberikan kepada 7,229 pelajar tingkatan satu dan 1,680 pelajar tingkatan empat.

Katanya, semua pelajar yang diterima berjaya melepasi Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) dengan keutamaan masih diberikan kepada keluarga berpendapatan rendah (B40) khususnya pelajar luar bandar dan miskin bandar.

“UKKM pada tahun ini dilihat lebih baik berbanding tahun lalu. Kita dapat lihat ada perkembangan positif dari pelajar golongan B40 dan luar bandar.

“Prinsip Mara kita tidak boleh kompromi soal kualiti. Mereka yang kita tawarkan untuk masuk mestilah mencapai tahap kelayakan minimum lulus.

“Daripada 93,635 ini, jumlah calon yang layak secara minimum adalah 21,994 iaitu 35.91 peratus,” katanya ketika sidang media Pengumuman Keputusan Tawaran Kemasukan ke MRSM Sesi 2025.

Semakan tawaran kemasukan akan dibuka hari ini (13 Januari 2025), bermula 12 tengah hari melalui portal dalam talian dan pemohon perlu membuat pengesahan dalam tempoh tujuh hari. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya