KUALA TERENGGANU: Penglibatan Ibu Bapa, Komuniti dan pihak Swasta (PIBKS) Kuala Terengganu mengagihkan sumbangan 8,000 botol air minuman kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di 23 sekolah menengah di daerah ini, hari ini.
Pengerusi Pengerak PIBKS, Armi Irzan Mohd. berkata, air minuman tersebut merupakan sumbangan pihak swasta dan individu sempena Program SPM Waqaf Point untuk diagihkan kepada calon yang menduduki SPM bermula esok.
Beliau berkata, program tersebut bertujuan memberi sokongan kepada calon-calon SPM
terlibat.
Menurutnya, PIBKS Kuala Terengganu turut menyampaikan sumbangan alat tulis kepada pelajar terlibat di beberapa sekolah terpilih.
“Air minuman tersebut merupakan hasil sumbangan wakaf daripada pihak swasta dan individu yang diwakafkan sejak pertengahan Disember lalu.
“Sumbangan air minuman itu diharapkan dapat membantu meningkatkan kecergasan mental dan fizikal pelajar-pelajar ketika menduduki peperiksaan,” katanya
Beliau berkata ketika ditemui selepas menyerahkan sumbangan air minuman kepada Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Terengganu, Khairi Mohd. Nor di sini, hari ini.
Armi Irzan memberitahu, program tersebut merupakan kali pertama dianjurkan pada tahun ini dan bakal diteruskan selepas ini untuk sokongan kepada pelajar yang menduduki peperiksaan.
“Penganjuran Program SPM Waqaf Point selepas ini akan melibatkan lebih banyak penglibatan daripada syarikat swasta dan individu untuk memberi manfaat ramai pelajar,” ujarnya. – UTUSAN