800 hidangan tradisi pelbagai kaum tarikan bufet Ramadan

800 hidangan tradisi pelbagai kaum tarikan bufet Ramadan Mercure Living Putrajaya

BARISAN chef menunjukkan antara menu masakan yang bakal disajikan bufet Ramadan di Mercure Living Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sejumlah 800 hidangan bufet Ramadan bakal disajikan Mercure Living Putrajaya sekali gus menjanjikan pengalaman eksklusif kepada pengunjung menikmati sajian berbeza sempena bulan puasa tahun ini.

Lebih menarik, sebanyak 30 stesen masakan yang dimasak secara langsung oleh chef berpengalaman turut disediakan bagi menawarkan pengalaman makan luar biasa bermula 5 Mac depan.

Bufet ini menampilkan pelbagai hidangan tradisional Melayu, Cina dan India serta pilihan masakan barat, dengan sajian istimewa seperti salai lemak udang galah, salai lemak itik, cendol durian santan sawit, rendang rusa, sup tulang merah dan Lo Bak Gou.

“Hidangan ini disediakan dengan teliti mencerminkan kekayaan tradisi masakan Malaysia.

“Pada masa sama, kami memberikan pengalaman masakan interaktif kepada pengunjung untuk terlibat dalam proses penyediaan hidangan dan memberikan sentuhan peribadi yang menarik pada hidangan bufet,” menurut kenyataan pengurusan hotel itu.

Bufet Ramadan ini akan diadakan di Restoran Volcano Shabu Shabu, Menara Shaftbury Putrajaya yang dibuka dari 6.30 petang hingga 10.00 malam sepanjang 5 hingga 30 Mac depan.

Bagi memberikan suasana berbeza, pengunjung boleh turut membeli-belah barangan kelengkapan raya yang diadakan melalui penganjuran Market Raya.

Pusat jualan ini menawarkan pelbagai barangan perayaan seperti baju, aksesori, kuih raya serta pelbagai barangan buatan tangan dan barangan terpakai sekali gus memudahkan pengunjung membeli keperluan raya.

Tetamu juga akan dihiburkan dengan persembahan Ghazal secara langsung bagi mencipta suasana muzik tradisional dan mencetuskan perasaan teruja sambutan Ramadan dan Aidilfitri.

Para pengunjung boleh menikmati harga promosi awal dengan kadar khas RM118 (dewasa) dan RM68 (kanak-kanak) untuk tempahan sehingga 25 Januari ini, dan harga kembali pada kadar biasa iaitu RM148 (dewasa) dan RM98 (kanak-kanak) untuk tempahan pada tarikh tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya