80 kanak-kanak GISBH belum dituntut ibu bapa  - Nancy 

80 kanak-kanak GISBH belum dituntut ibu bapa  – Nancy 

MENTERI Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri bercakap dalam sidang akhbar selepas Sesi Bicara Eksekutif ‘Cabaran Menuju ke Puncak Kepimpinan’ di Hotel Pullman di sini, hari ini. Gambar; MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan, Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mengesahkan seramai 80 daripada 560 anak-anak bekas anggota GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) tidak dituntut ibu bapa mereka.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, seramai 448 kanak-kanak sudah diserahkan kepada keluarga mengikut Seksyen 30(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Katanya, seramai lima kanak-kanak yang diserahkan Orang yang Layak dan Sesuai (OYLS) mengikut akta sama.

“Kita telah berusaha menghubungi ibu bapa untuk mengambil semula anak-anak mereka. 

“Setakat ini, 475 kanak-kanak telah diserahkan kembali kepada keluarga, 80 masih berada di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan lima kanak-kanak di bawah penjagaan (OYLS).

“Bagaimanapun, masih terdapat enam kanak-kanak yang perlu tinggal di JKM selama tiga tahun atas arahan mahkamah,” katanya kepada pemberita pada Program Sanjungan Ilmu Anjuran Institut Sosial Malaysia (ISM), di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan seramai 560 kanak-kanak iaitu 283 lelaki dan 277 perempuan ditempatkan di pusat perlindungan selepas JKM mendapat perintah jagaan sementara daripada mahkamah bagi tempoh dua bulan mengikut peruntukan Seksyen 25(2)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. 

Mengulas lanjut, Nancy berharap agar ibu bapa yang masih belum mengambil anak mereka dapat memberikan keutamaan kepada anak-anak ini. 

“Kami tidak mahu menjaga anak orang secara berpanjangan kerana anak-anak ini seharusnya berada bersama keluarga mereka.

“Ada yang mempunyai minat untuk mengambil, menuntut balik anaknya. Tetapi, atas apa sebab yang kita tak tahu, ada yang tidak jadi ambil. Jadi, beri kerjasama dengan kami dan berikan keutamaan kepada anak kita,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya