77 ternakan bernilai RM98,500 dirampas

77 ternakan bernilai RM98,500 dirampas

JPV Terengganu rampas 77 ternakan kambing dan biri-biri di Besut, Terengganu, semalam. - IHSAN JPV TERENGGANU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU : Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu merampas 77 ternakan kambing dan biri-biri dianggarkan bernilai RM98,500 yang dipercayai diseludup dari Thailand, semalam.

Pengarahnya, Dr. Anun Man berkata, rampasan dilakukan kira-kira pukul 11.30 malam di Kampung Padang Landak, Besut selepas penguat kuasa menahan sebuah lori yang mencurigakan.

“Hasil siasatan mendapati terdapat 77 kambing dan biri-biri yang disyaki untuk pasaran beberapa negeri selain Terengganu. Kes disiasat mengikut Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953 kerana melakukan kesalahan pemindahan ternakan tanpa kebenaran sah daripada pengarah JPV.

“Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM15,000,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya