713 pelajar di Melaka terima peranti tablet Program Anak Kita

713 pelajar di Melaka terima peranti tablet Program Anak Kita

AB. RAUF Yusoh menyampaikan peranti tablet kepada seorang pelajar pada Majlis Penyerahan Kit Peranti dan Sijil Kolaboratif Program Anak Kita Peringkat Negeri di Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seramai 713 pelajar dari 61 buah sekolah di negeri ini menerima peranti tablet secara percuma bagi membantu aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) mereka sejajar dengan bidang teknologi dan digital yang semakin berkembang.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, pengagihan peranti itu dapat memberi peluang kepada mereka bersaing dalam dunia digital serta mencuba meningkatkan keputusan cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.

Menurutnya, golongan muda perlu bijak menggunakan teknologi sebagai sumber menambah ilmu pengetahuan, selain mengasah kemahiran baharu dan mencari peluang menguasai teknologi seperti kecerdasan buatan (AI).

“Bergerak maju ke hadapan, kecanggihan dan perkembangan teknologi yang semakin pesat menjadi elemen penting dalam kehidupan seharian, bahkan tidak terkecuali dalam proses pembelajaran dan pengajaran yang lebih inovatif dan fleksibel.

“Sebab itu, gajet pada masa kini dilihat sebagai satu keperluan dalam senarai peralatan kelengkapan persekolahan apabila proses pengajaran juga banyak menggunakan aplikasi Google Class Room dan WhatsApp untuk memberikan tugasan

“Usaha ini dapat membantu para pelajar mengakses bahan pembelajaran dalam talian, mengikuti kursus inovasi atau aktiviti interaktif serta meningkatkan kemahiran digital,” katanya pada Majlis Penyerahan Kit Peranti dan Sijil Kolaboratif Program Anak Kita Peringkat Negeri di di sini, hari ini.

Tambah Ab. Rauf, seramai 153,624 pelajar dari 318 buah sekolah rendah dan menengah akan menerima Bantuan Awal Persekolahan (BAP), RM150 seorang berjumlah RM23 juta.

Beliau berkata, peruntukan itu akan disalurkan ke setiap Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) tanpa mengira latar belakang pendapatan keluarga.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya