SERAMAI 705 pelajar cemerlang menerima insentif RM1,000 seorang daripada Yayasan Pahang dengan jumlah keseluruhan RM1 juta yang diserahkan di Universiti Teknologi Mara ( UiTM) Cawangan Pahang Kampus Raub baru-baru ini.
Insentif itu khas untuk pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia ( STAM) tahun 2023 dan akan diteruskan kepada calon cemerlang 2024.
Kerajaan Negeri Pahang juga memberikan penghargaan kepada 53 buah sekolah yang telah membuktikan kecemerlangan dalam peperiksaan awam serta menyumbang kepada kejayaan negeri berkenaan.
Pencapaian yang diperoleh pelajar dan sekolah negeri berkenaan membantu meningkatkan momentum kcemerlangan SPM dan STPM negeri berkenaan berada kedudukan ketiga peringkat kebangsaan bagi tahun berkenaan.
Menteri Besar turut mengumumkan untuk meningkatkan lagi peruntukan untuk program-program pendidikan daripada RM72.1 juta ringgit (2024) kepada RM74.6 juta pada tahun 2025. – UTUSAN