7 pekerja syarikat kurier ditahan dipercayai curi bungkusan

7 pekerja syarikat kurier ditahan dipercayai curi bungkusan

TUJUH individu ditahan dipercayai terlibat dalam mencuri bungkusan di Ampang Jaya baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menahan tujuh individu termasuk seorang wanita dipercayai mencuri bungkusan dalam kejadian di Taman Cheras Indah dekat sini, baru-baru ini. 

Kesemua suspek berusia antara 21 hingga 51 tahun itu ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Ampang Jaya di sekitar Lembah Klang dan Nilai, Negeri Sembilan pada 13 Januari hingga 17 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang pengurus keselamatan syarikat kurier kira-kira 9 pagi pada 13 Januari lalu selepas menerima aduan terdapat pelanggan yang menerima bungkusan kosong setelah penghantaran dibuat oleh syarikatnya. 

Katanya, pengadu bertindak membuat siasatan dalaman dan mendapati beberapa pekerja membawa keluar bungkusan dari gudang tanpa membuat urusan daftar keluar barang. 

“Pengadu mengesyaki pekerja syarikat telah mencuri bungkusan asal milik pelanggan dengan anggaran kerugian kira-kira RM 21,818.

“Susulan itu, pihaknya bertindak membuat beberapa siri serbuan dan tangkapan terhadap enam lelaki dan seorang wanita berusia 21 tahun hingga 51 tahun.

“Kita turut merampas barang yang disyaki terlibat dalam kes ini,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Menurutnya, tangkapan pertama dan kedua masing-masing seorang wanita dan lelaki dibawa ke Mahkamah Ampang untuk dituduh dibawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana didapati telah mencuri barang dari syarikat tempat bekerja. 

Jelasnya, lima lagi individu kini direman selama empat hari  bermula semalam hingga Selasa ini.

“Kes disiasat bawah Seksyen 381 Kanun Keseksaan iaitu curi oleh orang gaji  dan Seksyen 380 kanun keseksaan kerana mencuri dalam bangunan,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya