600 pemenang dirai dalam GPM Malaysia 2024 

600 pemenang dirai dalam GPM Malaysia 2024 

Anugerah Kelestarian GPM Malaysia mengiktiraf projek cemerlang sejajar dengan Rangka Kerja P5 iaitu memupuk pengetahuan, kemahiran, dan tindakan transformatif dalam komuniti.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 600 pemenang dirai pada Anugerah Kelestarian Pengurusan Projek Hijau (GPM) Malaysia 2024 selepas berjaya mencatat kejayaan membangunkan projek khas bertema kemampanan di negara ini.

Setiausaha Kehormat Presiden Persatuan Rangkaian Perniagaan Mampan Malaysia (SustNET), Dr. Norsaidatul Akmar Mazelan berkata, semua pemenang  terdiri daripada institut pendidikan tinggi (IPT), sekolah dan organisasi dengan masing-masing  dipilih selepas berjaya menunjukkan kecemerlangan menerusi projek khas.

“Seramai 1,500 pelajar dan tenaga pengajar dari sekolah rendah, menengah mahu pun IPT menyertai program ini bagi membangunkan kemahiran berfikir secara kritis, menyampaikan kesedaran tentang alam sekitar serta menyahut seruan kelestarian.

“Bukan itu sahaja, lebih 500 pengusaha sektor kecil dan sederhana (PKS) mengamalkan prinsip kemampanan dalam usaha mengurangkan impak kepada alam sekitar serta meningkatkan daya tahan ekonomi,” katanya dalam kenyataan semalam.  

Menurutnya lagi, anugerah tersebut juga secara tidak langsung menunjukkan komitmen berterusan pelbagai pihak dalam memastikan konteks  kemampanan kepada seluruh masyarakat dan negara. 

“Kami sebagai penganjur akan sentiasa memainkan peranan penting dalam membawa arus positif kepada semua di samping mengintegrasikan Kerangka 5P iaitu product, proces, people, plane, dan prosperity dalam amalan kemampanan,” jelasnya.

Dalam pada itu Norsaidatul Akmar berkata, sejak penganjuran pada 2015, Anugerah Kelestarian GPM Malaysia mengiktiraf pelbagai projek cemerlang sejajar dengan Rangka Kerja P5 iaitu memupuk pengetahuan, kemahiran dan tindakan transformatif dalam komuniti.

“Panel penilai anugerah terdiri mereka yang bertauliah antara pengurus projek hijau yang berkelayakan, penilai dan erunding yang berdaftar dengan GPM Global bagi meneliti setiap permohonan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya