6 lagi suspek ditahan rasuah pinjaman peribadi

6 lagi suspek ditahan rasuah pinjaman peribadi

Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman enam lagi individu melibatkan pegawai dan bekas pegawai institusi perbankan disyaki menerima rasuah sebagai balasan membantu memproses dan meluluskan permohonan pinjaman peribadi yang dikemukakan sebuah syarikat perunding kewangan.

Perintah reman selama lima hari sehingga 27 Januari terhadap enam suspek yang terdiri daripada empat lelaki dan dua wanita  itu telah dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi.

Menurut sumber, keenam-enam suspek berusia lingkungan 20 hingga 40-an telah ditahan antara pukul 3 hingga 4 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM berhubung Op Sky. 

“SPRM telah menerima beberapa aduan dan maklumat berkaitan kegiatan rasuah yang dilakukan oleh pegawai-pegawai institusi perbankan yang membantu memproses serta meluluskan permohonan pinjaman peribadi pelanggan melalui sebuah syarikat perunding kewangan.

“Pegawai-pegawai ini dipercayai menerima rasuah daripada syarikat perunding kewangan yang bertindak menyediakan dokumen dipercayai mengandungi maklumat palsu pelanggan yang ingin membuat pinjaman peribadi,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap lima lagi supek berkenaan dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16(b)(A) Akta SPRM 2009.

Katanya, 19 individu yang sebelum ini ditahan reman telah dibebaskan dengan jaminan SPRM. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya