5 permusuhan besar dalam dunia Hip Hop - Utusan Malaysia

5 permusuhan besar dalam dunia Hip Hop

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Dunia muzik hip hop mungkin bukan genre yang selalu dibahaskan berbanding alunan membuai balada atau kerumitan piano Beethoven. Namun begitu, genre hip hop juga tidak kurang menariknya apalagi sejarah kewujudannya lebih setengah abad.

Bermula sebagai subbudaya bawah tanah, genre ini kemudian mengumpul peminat, pengkarya hingga menembus dinding arus perdana lewat 90-an.

Jika melihat kepada sejarah, muzik hip hop dahulunya bukalah seperti hari ini yang dipenuhi wang dan rumah agam. Berikut kami senaraikan antara lima  permusuhan besar yang pernah berlaku dalam dunia hip hop.

Eminem vs Benzino

Tempoh permusuhan Eminem dengan penyanyi rap, penerbit dan bekas pemilik majalah The Source, Benzino berlangsung selama lebih 20 tahun. Ia bermula pada 2002 apabila The Source meletakkan rating rendah untuk album Eminem, The Marshall Mathers LP.

Kedua-dua penyanyi rap itu berbalas komen pedas dan sindiran dalam lagu. Benzino melalui lagu Pull Your Skirt Up dan Die Another Day manakala Eminem dengan The Sauce dan Nail In The Coffin.

Permusuhan itu juga belum menunjukkan tanda akan berakhir apabila tahun lalu, Eminem menjadikan masalah kewangan dan perkahwinan Benzino sebagai subjek dalam lagu Doomsday Pt. 2, kolaborasinya dengan syarikat Lyrical Lemonade.

Chris Brown vs Drake

Chris Brown memang dikenali suka bergaduh dengan ramai orang termasuk bekas kekasihnya, Rihanna. Ketika bercinta dengan Rihanna, Drake dan Chris Brown terlibat dalam pergaduhan di sebuah kelab malam di New York.

Kedua-duanya kemudian berbalas sindiran dalam lagu dan persembahan sebelum berbaik menjelang 2019, apabila muncul dengan lagu bersama, No Guidance.

Cardi B vs Nicki Minaj

Permusuhan ini menarik perhatian ramai sebab melibatkan dua penyanyi rap wanita terkemuka. Walaupun kedua-duanya terlihat harmoni dalam media sosial namun rangkap rap Cardi B dikatakan menyindir Nicki Minaj, yang turut berkolaborasi dalam lagu sama.

Permusuhan itu memuncak dalam parti Minggu Fesyen New York apabila Cardi membaling kasut, yang dikatakan dituju kepada Nicki. 

Jay Z vs Nas

Antara permusuhan terbesar hip hop selepas era East Coast vs. West Coast. Sengketa yang bermula dalam studio rakaman bertukar menjadi perang ‘diss track’ besar-besaran, bermula dengan trek Takeover oleh Jay-Z dari album The Blueprint.

Balasan Nas menjadi antara trek diss paling popular sepanjang zaman, Ether sebelum Jay-Z pula tampil dengan karya agungnya, Supa Ugly

Permusuhan mereka berlanjutan lama, sehinggalah Nas muncul di atas pentas bersama Jay-Z dalam jelajah I Declare War pada 2005.

Tupac Shakur vs the Notorious B.I.G

Ini mungkin menjadi permusuhan terbesar  yang mengubah landskap muzik hip hop secara menyeluruh. Lebih parah, ini satu-satunya permusuhan yang berlanjutan sehingga kematian kedua-dua penyanyi rap itu. 

Hubungan baik Tupac Shakur dengan the Notorious B.I.G menjadi tegang apabila Tupac diserang dan ditembak di Times Square ketika dalam perjalanan untuk melakukan rakaman dengan B.I.G. Walaupun tiada bukti kukuh, dia mendakwa serangan itu dirancang B.I.G dan pengurusnya, Puff Daddy.

Permusuhan memuncak apabila Tupac ditembak mati di Las Vegas pada September 1996. Enam bulan kemudian, B.I.G pula menerima nasib sama. Kedua-dua pembunuhan itu kekal misteri sehingga kini.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya