5 individu ditahan seleweng dana pelaburan RM104 juta

5 individu ditahan seleweng dana pelaburan RM104 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman lima individu disyaki terbabit dalam satu penipuan yang melibatkan dana pelaburan orang awam berjumlah RM104 juta.

Perintah reman selama tujuh hari sehingga 21 Januari depan telah dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi.

Menurut sumber, kelima-lima suspek termasuk empat ahli lembaga pengarah syarikat yang berusia lingkungan 50-an sehingga 60-an telah ditahan sekitar pukul 7 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di SPRM Putrajaya.

“SPRM telah menerima beberapa aduan dan maklumat berkaitan kegiatan berunsur jenayah yang dilakukan oleh sebuah syarikat pemegang amanah berlesen di bawah Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia.

“Syarikat tersebut didapati menggunakan dana yang dikumpul daripada pelabur-pelabur untuk kepentingan peribadi individu yang bersekongkol dalam kegiatan jenayah ini,” katanya.

Kata sumber, kira-kira RM104 juta telah dikesan diselewengkan daripada syarikat tersebut ke beberapa syarikat persendirian yang dimiliki oleh proksi.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut yang dilaksanakan dalam satu operasi digelar Op Trust.

Beliau berkata, modus operandi kegiatan tersebut memerlukan kepakaran yang tinggi dalam kalangan pegawai SPRM untuk menjejak aliran kewangan.

“Selain itu, siasatan ini juga bertujuan membantu kerajaan mengukuhkan kepercayaan awam terhadap badan pengawal selia yang mengeluarkan lesen untuk syarikat-syarikat pemegang amanah selain mewujudkan platform bersih dan selamat untuk bakal pelabur,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya