4,507 calon duduki STAM bermula 3 Februari

4,507 calon duduki STAM bermula 3 Februari

SERAMAI 4,507 calon duduki STAM bermula 3 Februari- GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seramai 4,507 orang calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2024 yang akan dilaksanakan pada 3, 6, 10, 12 dan 13 Februari depan.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan memaklumkan, kesemua calon itu menduduki peperiksaan yang dijadual diadakan di 132 pusat peperiksaan seluruh negara.

“Bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan, seramai 926 orang petugas peperiksaan telah dilantik.

“KPM ingin mengingatkan semua calon peperiksaan STAM Tahun 2024 agar merujuk jadual waktu peperiksaan bagi mendapatkan maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan serta arahan perlu dipatuhi sepanjang peperiksaan,” katanya hari ini.

Jadual waktu peperiksaan STAM Tahun 2024 boleh dimuat turun dari laman sesawang Lembaga Peperiksaan (LP) melalui pautan lp.moe.gov.my.

“Calon diingatkan supaya membawa dokumen pengenalan diri dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan ke pusat peperiksaan.

“Calon juga hendaklah mematuhi prosedur operasi standard dan peraturan yang ditetapkan bagi memastikan kelancaran pengurusan pengendalian peperiksaan STAM Tahun 2024,” katanya.

KPM menjelaskan, pihaknya juga cakna dengan keselamatan dan kebajikan calon serta petugas
peperiksaan dalam menghadapi sebarang kemungkinan termasuk musim banjir sepanjang peperiksaan berlangsung.

“Jadi, KPM sentiasa siap siaga dengan mekanisme dan langkah persediaan sewajarnya termasuk bekerjasama dengan agensi kerajaan lain yang berkaitan.

“Calon dinasihatkan untuk memaklumkan kepada pihak sekolah atau jabatan pendidikan negeri (JPN) dengan segera sekiranya tidak dapat hadir di pusat peperiksaan yang telah ditetapkan atau mana- mana pusat peperiksaan berhampiran disebabkan oleh bencana,” katanya.

Pada masa sama, calon juga boleh menghubungi talian bilik gerakan peperiksaan yang disediakan di ibu pejabat Lembaga Peperiksaan dan JPN di seluruh negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya