44 warga asing ditahan dalam Op Gegar

44 warga asing ditahan dalam Op Gegar

SEBAHAGIAN daripada wanita warga asing yang ditahan dalam Op Gegar oleh Jabatan Imigresen di Kluang, Johor baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Seramai lima orang lelaki tempatan dan 44 warganegara asing ditahan dalam Op Gegar yang dijalankan Jabatan Imigresen (JIM) di bandar ini pada 10 Januari lalu.

Pengarah Imigresen negeri, Datuk Mohd. Rusdi Mohd. Darus berkata, dalam operasi berkenaan seramai 90 orang diperiksa melibatkan empat buah premis.

“Warga asing yang ditahan terdiri daripada 27 wanita warga Vietnam, sembilan wanita Indonesia dan dua wanita Thailand 

“Turut ditahan tiga lelaki Indonesia, dua lelaki Bangladesh serta seorang lelaki Nepal. Semua warga asing tersebut disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 manakala warga tempatan disiasat di bawah Seksyen 56(1) (d) kerana melindungi pendatang asing tanpa izin (PATI).” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, katanya, enam notis untuk hadir ke pejabat Imigresen dikeluarkan bagi membantu siasatan dan warga asing yang ditahan ditempatkan di Depoh Imigresen Setia Tropika untuk siasatan dan tindakan lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya