402,956 calon duduki SPM 2024

402,956 calon duduki SPM 2024

CALON Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mula menduduki peperiksaan bertulis di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 8 (1). – UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Ujian bertulis peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM 2024 yang bermula minggu lalu melibatkan 402,956 orang dengan 3,337 buah pusat peperiksaan di seluruh negara.

Jumlah petugas peperiksaan pula adalah seramai 44,968 orang termasuk 5,780 pengawas peperiksaan dalam kalangan sukarelawan.

 

Kementerian Pendidikan mengesahkan kehadiran calon bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 setakat pagi ini mencecah 97 peratus.

Katanya kementerian berkenaan, pihaknya sedang dalam proses untuk mengemaskini kehadiran bagi baki calon lain.

“Ada lebih kurang 10,000 calon lagi, jadi kita harap kehadiran ini dapat kita pertingkatkan untuk memastikan anak-anak kita hadir SPM,” katanya dalam sidang akhbar Pengoperasian Peperiksaan SPM Tahun 2024 di sini, hari ini.

Katanya, secara keseluruhannya, hari pertama SPM 2024 berjalan dengan lancar yang akan dilaksanakan sehingga 6 Februari depan.

 

Dalam pada itu, Fadhlina berkata, pihaknya bersedia untuk mengaktifkan semula Op Payung sekiranya berlaku bencana banjir bagi memudahkan pergerakan calon untuk menduduki SPM.

“Kita juga telah mengenal pasti negeri-negeri yang berisiko banjir terutama di di Kelantan, Johor, Sabah, Kedah dan Pahang.

“Setakat ini semuanya dalam keadaan terkawal. Ada beberapa laporan kita terima berkaitan dengan banjir, namun, calon-calon masih kekal berada di pusat peperiksaan tersebut,” kata kenyataan tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN