400,000 calon duduki SPM 

400,000 calon duduki SPM 

PELAJAR mengaminkan bacaan doa sebelum menduduki peperiksaan SPM di SMK Kampung Pasir Puteh, di Ipoh hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lebih 400,000  calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 yang mendaftar bagi menduduki ujian bertulis di 3,000 pusat peperiksaan di seluruh negara, bermula hari ini.

Jumlah berkenaan termasuk  20,676 calon SPM yang menduduki peperiksaan bertulis di 160 pusat peperiksaan di Kuala Lumpur. 

Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Megat Affandi Ismail berkata, daripada jumlah itu, 110 adalah calon berkeperluan pendidikan khas (CBPK) dalam pelbagai kategori.

“Kita juga menguruskan calon menduduki peperiksaan di hospital sekitar Kuala Lumpur yang mengalami masalah kesihatan melibatkan sembilan calon,” katanya.

Jumlah tersebut turut melibatkan 15,846 calon sekolah kerajaan, 238 calon sekolah agensi kerajaan, 2,626 calon sekolah swasta, dan 1,966 calon persendirian.

Sementara itu, peperiksaan SPM di negeri-negeri lain termasuk kawasan yang terjejas akibat banjir berjalan lancar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya