4 lagi individu direman, disyaki rasuah pinjaman peribadi

4 lagi individu direman, disyaki rasuah pinjaman peribadi

EMPAT lagi individu ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melibatkan dua pegawai serta dua bekas pegawai institusi perbankan di mahkamah Majistret Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA:  Seramai empat lagi individu ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melibatkan dua pegawai serta dua bekas pegawai institusi perbankan kerana disyaki menerima rasuah sebagai balasan membantu memproses dan meluluskan permohonan pinjaman peribadi yang dikemukakan sebuah syarikat perunding kewangan.

Perintah reman selama lima hari sehingga 22 Januari ini terhadap dua suspek lelaki dan dua wanita berusia lingkungan 20 hingga 30-an itu dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi.

Menurut sumber, kesemua empat suspek ini ditahan kira-kira pukul 4 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.

“SPRM telah menerima beberapa aduan dan maklumat berkaitan kegiatan rasuah yang dilakukan oleh pegawai-pegawai institusi perbankan yang membantu memproses serta meluluskan permohonan pinjaman peribadi pelanggan melalui sebuah syarikat perunding kewangan.

“Pegawai-pegawai institusi perbankan ini dipercayai menerima rasuah daripada syarikat perunding kewangan yang bertindak menyediakan dokumen dipercayai mengandungi maklumat palsu pelanggan yang ingin membuat pinjaman peribadi,” katanya.

Di mahkamah yang sama, Majistret Irza juga membenarkan permohonan sambung reman selama empat hari sehingga 21 Januari ini terhadap lima suspek lelaki yang sebelum ini ditahan SPRM, Selasa lalu.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap empat lagi supek berkenaan dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 16(b)(A) Akta SPRM 2009.

Katanya, tujuh lagi individu yang sebelum ini telah ditahan reman pada Rabu telah dibebaskan dengan jaminan SPRM. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya