38 calon SPM, STPM terjejas banjir

38 calon SPM, STPM terjejas banjir

AZNAN Tamin (tengah) menyantuni mangsa banjir di PPS Sekolah Kebangsaan Teluk Ramunia, Kota Tinggi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seramai 38 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di Johor terjejas banjir dengan 33 orang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di lima daerah yang terjejas banjir, setakat pagi ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan negeri, Aznan Tamin berkata, kesemua mereka melibatkan seramai 12 calon SPM dan STPM di daerah Kota Tinggi, empat calon di Kluang, lapan orang di Kulai  dan seramai tujuh orang di Pontian dan Johor Bahru

“Lima calon yang awal ditempatkan di PPS berpindah ke rumah saudara bagi mempersiapkan diri bagi menduduki peperiksaan itu.

“Lapan mangsa banjir akan menduduki peperiksaan SPM dan STPM pada hari ini.

“Seramai tujuh calon SPM akan menduduki peperiksaan pada hari ini, iaitu masing-masing dua pelajar di daerah Kota Tinggi, Kluang dan Pontian dan seorang di Johor Bahru. Turut terkesan ialah seorang calon STPM di daerah Kulai,” katanya di sini hari ini.

Adnan berkata, tujuh calon SPM tersebut menduduki peperiksaan bagi subjek Matematik.

Katanya, terdapat enam kertas peperiksaan bagi STPM dijadualkan hari ini, antaranya Kesusasteraan Melayu Komunikatif 1, Perakaunan 1, Sains Sukan 1  dan Syariah 1.

Seramai 49,980 calon SPM 2024 menduduki peperiksaan itu di 376 pusat di negeri ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya