34 serpihan tulang bukan milik manusia 

34 serpihan tulang di Pantai Batu Buruk 2 bukan milik manusia 

SERPIHAN tulang yang ditemukan di Pantai Batu Buruk 2, Kuala Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Semua serpihan 34 tulang yang ditemukan di Pantai Batu Buruk 2, di sini malam tadi disahkan bukan tulang manusia.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor  berkata, keputusan itu diperoleh hasil pemeriksaan dan bedah siasat yang dilakukan oleh pakar forensik Unit Patalogi Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

“Bedah siasat yang dijalankan bermula pukul 9 hingga 11 pagi ini mengesahkan tulang-tulang tersebut adalah bukan tulang manusia. Justifikasi dibuat berasaskan terdapat perbezaan daripada bentuk, ketebalan, panjang serta tiada kesamaan dengan mana-mana tulang rangka manusia.

“Tulang tersebut berkemungkinan tulang haiwan yang mirip kepada kuda,” katanya hari ini.

Sehubungan itu, sampel DNA tulang tersebut dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia Terengganu bagi tujuan analisis profil.

Terdahulu dilaporkan penemuan tulang yang dipercayai milik manusia di sekitar kawasan Pantai Batu Buruk. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya