327 sampel positif Virus HMPV di negara tahun lalu

327 sampel positif Virus HMPV di negara tahun lalu

SEBANYAK 327 sampel positif virus metapneumovirus manusia (HMPV) dikesan di negara ini sepanjang tahun lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Virus metapneumovirus manusia (HMPV) sudah lama berada di negara dan sebanyak 327 sampel positif virus tersebut sepanjang 2024.

Kementerian Kesihatan (KKM) berkata, jumlah itu menunjukkan sedikit peningkatan berbanding 225 kes yang dicatatkan pada tahun 2023.

Katanya, HMPV adalah satu jangkitan saluran pernafasan disebabkan virus dalam keluarga Pneumoviridae dan sudah lama berada di dalam negara.

“Jangkitan HMPV bukan satu penyakit baharu. Di Malaysia, jangkitan HMPV juga tidak wajib dilaporkan atau dinotifikasikan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342].

“Jangkitan saluran pernafasan akan terus wujud dalam komuniti dan kita perlu sentiasa berwaspada menghadapinya. Orang ramai dinasihatkan agar proaktif menjaga kesihatan diri serta mencegah jangkitannya kepada orang lain terutamanya di kawasan yang tertutup dan sesak,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, penyakit pernafasan semakin meningkat di China dan terdapat aduan tentang hospital yang sesak berikutan penyebaran virus HMPV, yang dilaporkan turut menular di beberapa negara Asia lain.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China (CCDCP) mengesahkan HPMV merebak ke seluruh wilayah utara negara itu yang kini menjadi lokasi paling teruk terjejas oleh virus tersebut.

HPMV boleh menjangkiti semua peringkat umur dan paling kerap menyerang kanak-kanak, sekali gus meningkatkan kebimbangan kesihatan awam.

Walaupun laporan media sosial menggambarkan situasi kritikal, pegawai China mahupun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak mengisytiharkan darurat pada peringkat ini.

Penularan wabak tersebut meningkatkan kesedaran tentang keperluan untuk langkah pencegahan, terutamanya kerana tiada vaksin khas untuk HMPV walaupun virus itu sudah dikesan sejak hampir dua dekad lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya