3,266 kesalahan sepanjang Op Tahun Baharu Cina 2025

3,266 kesalahan sepanjang Op Tahun Baharu Cina 2025 di Terengganu

ZAMRI Samion (dua dari kanan) memeriksa keadaan tayar bas ekspres pada Operasi Khas Sempena Tahun Baharu Cina Peringkat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Terengganu di Terminal Bas MBKT Kuala Terengganu, Terengganu malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU : Sebanyak 3,266 notis pelbagai kesalahan  dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu sepanjang Op Khas Tahun Baharu Cina Motosikal yang bermula sejak 20 Januari lalu hingga Isnin lepas.

Pengarahnya, Mohd Zamri Samion berkata, ia adalah hasil pemeriksaan yang dilakukan terhadap 19,597 kenderaan sepanjang tempoh tersebut.

Menurutnya, daripada jumlah itu, sebanyak 1,968 saman P22 dikeluarkan dan 1,538 kenderaan  diambil tindakan.

Katanya, kesalahan paling tinggi dikesan adalah lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh iaitu 493 kes, tiada perlindungan insurans (425 kes) dan tiada lesen memandu (CDL) pula ialah 325 kes.

“Antara kesalahan popular lain ialah cermin gelap iaitu 285 kes, gagal patuhi lampu isyarat (373 kes) dan berkaitan nombor pendaftaran (222 kes). Kesalahan lain ialah tidak memakai topi keledar iaitu 197 kes, ubahsuai kenderaan (107 kes), memotong garisan berkembar (44 kes) dan muatan bahaya (26 kes),” katanya selepas operasi khas dan kempen keselamatan jalan raya di Terminal Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu di sini, malam tadi.

JPJ Terengganu juga melakukan pemeriksaan terhadap 165 bas di depoh dan terminal serta mengeluarkan sebanyak 73 slip pemeriksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya